Copy Trade Forex

Copy Trade ialah satu cara dagangan di mana pedagang-pedagang yang tidak berpengalaman boleh terus salin strategi-strategi dagangan dan pesanan yang dilaksanakan oleh pedagang-pedagang profesional dengan menggunakan platform salin dagangan.

Dengan salin dagangan, pedagang pemula boleh menyingkirkan kerumitan mempelajari dagangan Forex dari awal dan bergantung kepada pedagang-pedagang profesional. Apa yang mereka perlu buat ialah membuka satu akaun salin dagangan, menyimpan wang, dan mula dagangan secara serta-merta dengan mengikuti akaun-akaunp pedagang lain dan salin dagangan mereka.

Dalam satu persekitaran salin dagangan, terdapat dua jenis pedagang: pengikut (pelabur) yang boleh salin strategi-strategi dagangan dan prestasi pedagang-pedagang profesional ke dalam akaun peribadi mereka secara automatik, dan pembekal Strategi (pedagang profesional) yang boleh menawarkan strategi dagangan dan dagangan mereka kepada pelabur-pelabur.

Anda boleh mencari platform salin dagangan terbaik yang ditawarkan oleh broker forex di bawah. Sementara itu, pelajari tentang cara salin dagangan berfungsi dalam Forex dan apakah kebaikan dan keburukan yang ia boleh membawa untuk pelabur-pelabur dan pedagang-pedagang profesional.

Platform \ Broker CopyTrade Forex Terbaik

XM Copy Trading

1. Broker Forex XM menawarkan program perdagangan sosial yang dipanggil ‘XM Copy Trading’ kepada semua kliennya yang berdaftar tanpa mengira tahap modal mereka, kemahiran berdagang dan keseluruhan pengalaman dalam forex.
2. Program ini membolehkan para pedagang menyertainya sama ada sebagai Pelabur atau Pengurus Strategi, masing-masing mempunyai kelebihan dan keadaan unik tersendiri.
3. Sebagai pelabur, anda hanya perlu melabur sedikit modal anda, ikut pengurus strategi pilihan anda, salin perdagangannya dan apabila perdagangannya berjaya, bayar komisen atas perdagangan untung tersebut.
4. Sebagai pengurus strategi, anda perlu tunjukkan kebolehan anda sebagai pedagang dan penjana teratas bagi menarik pelabur, dan apabila anda mencapai sasaran, dapatkan bayaran yang bersesuaian.
5. Pelabur dan pengurus strategi perlu mendaftar dengan broker XM dan mengesahkan maklumat peribadi mereka supaya dapat mendaftar dalam program ini.
6. Platform copy trading XM yang disediakan oleh broker akan memberi anda akses kepada semua perkara yang diperlukan agar anda dapat berdagang dengan tenang, seperti Copy Trading (senarai pengurus strategi, carta prestasi, pulangan, dll.), Portfolio, Pertandingan, Suapan Sosial, Tetapan dan Soalan Lazim.
7. Untuk mengikut strategi sebagai pelabur, anda hanya perlu pergi ke akaun anda, klik butang ‘Cipta Pelabur’, pilih pengurus strategi anda, semak prestasi mereka dan butiran penting yang lain, kemudian ikut perdagangan mereka. Sangat Mudah!
8. XM akan menyediakan anda dengan formula pendarab untuk memudahkan pengiraan anda:
Pendarab = (Amaun Pelaburan / Ekuiti Pengurus) X (Leveraj Pelabur / Leveraj Pengurus)
9. Sebagai pelabur, anda perlu tahu yang akaun anda hanya boleh diakses pada platform web XM atau peranti mudah alih. Selain itu, akaun anda hanya tersedia dalam USD dengan leveraj 1:300 di samping 50% panggilan margin dan 20% Stop Out.
10. Sebagai pengurus strategi, anda perlu tahu platform copy trading XM boleh diakses pada MT4 dan MT5. Strategi anda hanya boleh diakses oleh pelabur yang mempunyai ekuiti lebih daripada $150. Tambahan lagi, tiada had untuk bilangan pengikut, dan peratus maksimum komisen anda adalah 50% daripada keuntungan pelabur.

Deposit and Withdrawal: Local Malaysian banks, Credit Cards, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin, Tether

Regulations: CySEC, FCA, DFSA, FSC, ASIC
Country: Cyprus
Malaysian customer support: Yes (Email, Live chat, Phone)

RoboForex Copy Trade (CopyFx)

1. CopyFX membolehkan pedagang profesional memaparkan pengetahuan dan kemahiran mereka sementara meraih pendapatan tambahan.
2. Pedagang baru boleh mula berdagang dalam pasaran serta-merta tanpa perlu menghabiskan banyak masa pada perkara rumit.
3. Dalam CopyFX, anda boleh sama ada menjadi Pelabur untuk menyalin dagangan daripada profesional, atau Pedagang yang boleh disalin oleh pelabur lain.
4. Sebagai Pelabur, anda boleh ambil kawalan penuh akaun anda untuk mula, jeda, atau batal langganan anda pada bila-bila masa.
5. Sebagai Pedagang, anda boleh nyatakan syarat langganan anda, seperti skim komisyen, tahap risiko, mod langganan, deposit minimum, dan tempoh pelaburan.
6. Anda boleh buka Akaun Sen CopyFX untuk risiko lebih rendah dan lot lebih kecil, atau Akaun Pro CopyFX untuk volum lebih besar dan risiko lebih tinggi.
7. Pilih pedagang dengan berhati-hati berdasarkan keberuntungan, tarik-balik maksimum, hari dagangan, saiz baki, dan portfolio dagangan keseluruhan.
8. Tetapkan mod penyesuaian copy-trading anda berdasarkan tahap risiko dan saiz dagangan pilihan anda.
9. Gunakan berbagai alatan dan platform mesra-pelanggan yang ditawarkan oleh program CopyFX.
10. Semua perkiraan dijalankan secara automatic dan telus oleh program CopyFX, jadi anda tidak perlu bimbang tentang perinciannya.

Deposit dan pengeluaran: Bank-bank Tempatan di Malaysia, Pindahan Wang, Kad Kredit, PerfectMoney, Webmoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Siprus
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung)

HFCopy Copy trade oleh HFM Malaysia

1. HFcopy membolehkan anda menggunakan pengetahuan pedagang profesional untuk meraih hasil dagangan yang lebih baik.
2. Dagangan automatik boleh membantu anda lebih fokus dalam perkara utama perniagaan daripada menghabiskan masa dengan perincian kecil dagangan.
3. Ia terpulang kepada anda untuk masuk sebagai pembekal strategi (Pedagang Profesional) atau sebagai pengikut (Pelabur)
4. Kedua status ini saling menguntungkan; keuntungan dikongsi berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan.
5. Sebagai pelabur, anda tidak perlu berkemahiran tinggi sebagai pedagang, salin dagangan pedagang profesional dan bayar yuran atas perkhidmatan mereka.
6. Pilih pedagang profesional yang sesuai untuk anda, tetapkan parameter akaun anda bergantung kepada pilihan anda & peroleh manfaatnya.
7. Tetap yakin yang hanya anda akan mengawal penuh persekitaran dagangan anda dan tiada siapa akan mempunyai akses kepada akaun anda.
8. Setiap kiraan dilakukan secara automatik oleh program HFcopy, anda hanya semak hasilnya dan nikmati masa anda.
9. Sebagai pedagang profesional, anda boleh memaparkan hasil dagangan anda, menarik pengikut (pelabur) dan raih sehingga 50% yuran prestasi.
10. Jika anda mempunyai latar belakang pedagang yang kukuh, anda akan memaksimumkan keuntungan anda dengan sangat mewah.

Deposit and Withdrawal: Local Malaysian banks, Credit Cards, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller, Bitcoin

Regulations: CySEC, FCA, FSC, FSB, DFSA
Country: Cyprus
Malaysian customer support: Yes (Email, Live chat, Phone)

FXTM-Invest copy trade oleh Broker ForexTime

1. Pelabur akan mempunyai akses kepada alatan dagangan terkini yang disesuaikan mengikut citarasa mereka dengan menggunakan program FXTM Invest.
2. Mendaftar program adalah mudah, ringkas dan tidak akan mengambil lebih daripada beberapa minit anda.
3. Tidak kira jika anda bukan seorang pedagang profesional; program ini dibentuk supaya kedua pro dan novis boleh bermanfaat daripadanya.
4. Pedagang pro boleh masuk sebagai pengurus, dan pedagang baru boleh turut serta program sebagai pelabur yang menyalin strategi pedagang lain.
5. Terdapat pilihan meluas pedagang profesional yang boleh dipilih, ikuti yang mana anda suka, dan jika ia tidak menjadi, batal ikut mereka tanpa sebarang sekatan.
6. Pengurus strategi akan dibayar atas perkhidmatan mereka daripada peratusan keuntungan yang dipersetujui oleh mereka yang menyalin dagangan dan strategi mereka.
7. Dana boleh dikeluarkan tanpa pengangguhan, dan pelabur akan membayar pengurus mereka hanya pada waktu untung.
8. Pelabur boleh mencari pedagang yang paling disukai untuk menyalin dagangan mereka dan memantau keseluruhan proses dengan mudah.
9. Melabur dalam program copy trading FXTM boleh dilakukan dengan hanya serendah $100.
10. Maklumat peribadi setiap akaun akan kekal sulit dan hanya boleh diakses oleh pemegang akaun tersebut.

Deposit dan pengeluaran: Bank-bank Tempatan di Malaysia, Pindahan Wang, Kad Kredit, Webmoney, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller

Peraturan: CySEC, IFSC, FCA
Negara: Siprus
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung)

FBS Copytrade oleh FBS Malaysia

1. FBS CopyTrade menghubungkan anda dengan pasaran Forex supaya anda boleh menjana wang serta-merta dan tanpa penat lelah!
2. Menyertai FBS CopyTrade hanya mengambil sedikit dari masa anda: muat turun apl, cipta akaun, buat deposit, dan mula menyalin dari pakar.
3. FBS CopyTrade adalah mesra-pemula, jadi anda boleh meraih manfaatnya walaupun jika anda adalah seorang pedagang baru.
4. Pedagang boleh turut serta sebagai Pelabur untuk memilih senarai daripada Pedagang Profesional, jejak kemajuan mereka, dan mula/henti salin pada bila-bila masa.
5. Pelabur boleh mengeluarkan dana mereka pada bila-bila masa dalam waktu bekerja dan hanya perlu membayar komisyen untuk dagangan yang menguntungkan.
6. Anda boleh mula melabur dalam FBS CopyTrade dengan hanya deposit awal 1 USD.
7. Pedagang berpengalaman boleh daftar sebagai Profesional dan beri dagangan mereka disalin oleh pedagang baru.
8. Berkongsi akaun dagangan anda sebagai Professional Trader boleh dilakukan melalui Laman Peribadi anda, dengan baki akaun minimum $100.
9. Pedagang Profesional yang berjaya menutup dagangan menguntungkan akan meraih 5% komisyen dan boleh menetapkan komisyen mereka sendiri selepas menaik taraf ke status ‘PRO Trader’.
10. FBS menjamin keselamatan semua maklumat akaun dagangan daripada diakses oleh pihak ketiga.

Deposit dan pengeluaran: Bank-bank Tempatan di Malaysia, Pindahan Wang, Kad Kredit, PerfectMoney, FasaPay, Skrill, Neteller

Peraturan: CySEC, IFSC
Negara: Rusia, Siprus
Sokongan Malaysia: Ya (Emel, Telefon, Sembang Langsung)

Bagaimanakah salin dagangan berfungsi dalam Forex?

Terdapat dua jenis pedagang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti salin dagangan: Pelabur-pelabur dan Pedagang-pedagang Profesional.

• Pelabur-pelabur

Sebagai Pelabur, pedagang pemula membuka satu akaun salin dagangan di laman web broker yang terpilih dan melabur satu jumlah dana. Kemudian, mereka boleh menyemak nama pedagang-pedagang profesional yang sedia ada (biasanya dipanggil pengurus/pembekal strategi) dan menentukan mana satu pedagang untuk diikuti.

Apabila seorang pelabur mengikut satu akaun pedagang profesional, dia boleh salin strategi-strategi dan tindakan masa depan pembekal tersebut secara automatik. Oleh itu, setiap kali pedagang profesional tersebut membuka atau menutup satu dagangan, akaun pelabur tersebut akan bertindak sedemikian secara langsung.

Pelabur-pelabur bebas untuk menentukan jumlah wang yang diperuntukkan kepada pedagang profesional. Selepas itu, semua dagangan mereka akan disalin dan dikira secara automatic berdasarkan nisbah yang telah diperuntukkan oleh pelabur-pelabur.

Sebagai contoh, jika anda telah menyalin strategi-strategi dagangan daripada Pedagang A dengan pelaburan 100 USD. Kemudian, Pedagang A menggunakan 10 peratus daripada baki akaunnya untuk membuka kedudukan dagangan. Oleh itu, akaun anda akan membuka kedudukan yang sama secara automatik dengan menggunakan 10 peratus daripada pelaburan yang telah diperuntukkan, iaitu 10 USD. Selepas itu, sekiranya dagangan tersebut berkesudahan dengan keuntungan/kerugian, ia juga akan dikira berdasarkan peruntukan dana 10 USD anda.

Sebagai seorang Pelabur, anda bebas untuk mengikuti lebih daripada satu pedagang profesional untuk mempelbagaikan portfolio dagangan anda dan memaksimumkan keuntungan anda. Dengan mengikuti beberapa pedagang dan menyalin dagangan mereka, anda masih akan mempunyai dana tambahan sekiranya salah seorang pedagang yang dilaburkan anda membuat kesalahan, dan dagangan tersebut berkesudahan dengan kerugian.

Contohnya, anda melabur modal anda dengan lima pedagang berlainan, seperti yang ditunjukkan dalam rajah tersebut. Anda boleh melihat mana satu pedagang yang telah berjaya dan mana satu yang telah kerugian wang. Akhirnya, anda memperoleh $70 dengan mempelbagaikan portfolio anda.

Semua operasi salin dagangan ini dijalankan di platform salin dagangan yang telah disenaraikan di atas.

Manfaat sebagai seorang Pelabur

Seperti yang disebut tadi, salin dagangan ialah cara dagangan sosial terbaik untuk mereka yang tidak dapat atau tidak ingin belajar dagangan Forex dari awal. Terdapat pelbagai manfaat yang menarik perhatian dan ditawarkan daripada salin dagangan kepada sesiapa yang menyertai sebagai Pelabur-pelabur:

1. Bermula dengan Serta-merta

Dengan menyertai salin dagangan, orang biasa yang tahu serba sedikit tentang dagangan Forex pun boleh menjadi sebahagian daripada pasaran Forex yang luas dan mendatangkan keuntungan sebagai Pelabur-pelabur secara serta-merta.

Mereka tidak perlu mula belajar tentang bisnes Forex dan bagaimana nilai satu mata wang meningkat atau merosot, apatah lagi fungsi keseluruhan ekonomi sebuah negara yang mengambil masa yang lebih lama untuk menguasainya.

Selaku seorang pelabur, anda hanya perlu membuka satu akaun salin dagangan, membuat deposit dan mula mengikuti pedagang-pedagang profesional pilihan anda berdasarkan rekod, sejarah dagangan dan tahap risiko mereka.

2. Mudah dan Berkesan

Walaupun anda ialah seorang pedagang Forex yang mempunyai pengalaman yang mencukupi, dagangan manual masih  rumit dan mengambil masa.

Pedagang-pedagang yang berdagang secara manual perlu berhati-hati mengira setiap strategi mereka berdasarkan berita  terbaru, kejadian ekonomi atau analisis teknikal untuk menentukan mana satu tindakan dan kedudukan yang diambil. Dengan cara ini, kebanyakan masa mereka boleh digunakan untuk mempelajari carta dan memahami berita ekonomi.

Sebaliknya, dengan salin dagangan, pedagang-pedagang yang tidak berpengalaman boleh memudahkan pengalaman dagangan mereka dengan menyalin strategi-strategi pedagang-pedagang profesional. Dalam kes kejadian ekonomi yang luar biasa, anda boleh mengkaji semula tindakan dagangan yang telah disalin, dan jika mereka tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh membuat modifikasi mengikut keutamaan anda.

3. Senang dan Mudah

Salin dagangan ialah cara pelaburan moden di mana anda boleh menyertai dagangan mata wang dengan senang dan mudah.

Anda hanya perlu mendaftarkan satu akaun salin dagangan dan salin strategi-strategi pedagang-pedagang profesional.  Selepas itu, anda cuma perlu berehat dan biar mereka membuat majik lalu mengaut keuntungan anda.

Jika anda suka usaha mereka, anda boleh menambahkan lebih banyak dana ke dalam pelaburan anda. Jika anda tidak suka, anda boleh tekan butang “nyahikut”. Ia adalah begitu mudah.

4. Amalan Pendidikan

Belajar melalui amalan dipercayai sebagai amalan pendidikan yang paling efektif, dan salin dagangan ialah bukti sebenar untuk kepercayaan sedemikian.

Dengan menyertai salin dagangan, anda boleh memerhati dan belajar manakala pedagang-pedagang profesional berusaha dengan dana anda dan menghasilkan strategi-strategi mereka. Oleh itu, anda boleh mengambil kedudukan dagangan terbaik, lalu membuat keputusan dagangan yang lebih baik.

Orang yang bijak belajar daripada kesilapan mereka, tetapi orang yang bijaksana juga belajar daripada orang lain.

5. Menjadi Mentor Ahli Profesional

Menyertai salin dagangan bermaksud anda akan dibantu oleh orang yang mempunyai lebih banyak pengalaman daripada anda. Dengan cara ini, anda juga boleh menjadi mentor ahli profesional ini. Anda pun boleh bertanya soalan dan mengkaji sebab-sebab mereka menjalankan dagangan tertentu.

Manfaat menjadi seorang Pedagang Profesional

Pedagang-pedagang profesional yang menyertai salin dagangan sebagai pembekal/pengurus strategi juga akan memperoleh manfaat bernilai untuk memperkaya pengalaman dagangan mereka:

1. Lebih banyak Pendapatan

Fakta yang diketahui semua, iaitu gol muktamad untuk semua pedagang Forex adalah untuk mengaut keuntungan meskipun mereka mungkin mempunyai objektif lain.

Dengan menyertai salin dagangan, pedagang-pedagang profesional akan dapat memperoleh pendapatan tambahan sebagai komisen untuk setiap dagangan berjaya yang dijalankan dan ini bergantung kepada broker forex tersebut.

Oleh itu, selain daripada keuntungan anda, apabila anda menutup dagangan yang menguntungkan, anda akan memperoleh pendapatan tambahan daripada komisen tersebut.

2. Cabaran Tambahan

Pedagang-pedagang profesional boleh menyertai rangkaian salin dagangan untuk mengalami cabaran tambahan, di mana mereka bukan sahaja mengawal modal mereka tetapi juga dana pedagang-pedagang lain yang mengikuti akaun-akaun anda.

Sebagai seorang pedagang profesional, semakin ramai pengikut yang anda ada, semakin ramai orang akan mengamanahkan dana mereka kepada kepakaran dagangan anda.

Oleh itu, setiap kali anda menutup dagangan yang menguntungkan, perkara yang sama akan berlaku terhadap dana mereka. Anda mengaut keuntungan, begitu juga dengan mereka, dan anda mendapat satu komisen. Tetapi, jika anda kerugian wang, anda mungkin kehilangan pengikut anda bersama dengan wang tersebut, mari kita menghadapinya, tiada sesiapa yang suka kerugian wang!

Inilah cabaran yang perlu dihadapi!

3. Uji Kaji Dagangan dan Percubaan

Manfaat lain yang anda dapat sebagai seorang pedagang profesional ialah peluang untuk menguji dan mencuba strategi-strategi berlainan tanpa perlu merisikokan terlalu banyak wang sendiri.

Dengan menyertai rangkaian salin dagangan, anda boleh menguji dan mencuba pelbagai strategi dan mencapai keputusan berlainan, terutamanya jika pelabur-pelabur anda ikut serta secara aktif dan mengikuti strategi-strategi anda dengan modifikasi mereka.

Kebaikan dan Keburukan Salin Dagangan

Kesimpulannya, inilah beberapa kebaikan dan keburukan yang boleh dipertimbangkan sebelum anda menyertai rangkaian salin dagangan:

Kebaikan:

• Pedagang-pedagang yang tidak berpengalaman boleh menyertai dagangan Forex sebagai pelabur-pelabur walaupun mempunyai ilmu yang terhad.
• Salin dagangan ialah satu cara dagangan yang mudah dan berkesan dengan akses senang tanpa kira tempat dan masa.
• Pelabur-pelabur boleh mempelbagaikan portfolio dagangan mereka dengan memilih pedagang-pedagang profesional dengan perwatakan berlainan.
• Ketersediaan banyak pilihan bagi pelabur-pelabur untuk menguruskan risiko dalam salin dagangan.
• Pedagang-pedagang profesional boleh memperoleh pendapatan tambahan dan menghadapi cabaran baru.
• Pedagang-pedagang profesional boleh membina reputasi mereka dalam industri Forex dan mencapai lebih banyak hasil.

Keburukan:

• Prestasi masa dulu pedagang-pedagang profesional tidak menjamin bahawa keputusan masa depan mereka akan selalu positif.
• Salin dagangan memerlukan pelabur-pelabur mempercayai pedagang-pedagang lain untuk “bermain” dengan wang mereka dan membuat keputusan dagangan bagi pihak mereka; namun demikian, pelabur-pelabur mempunyai pelbagai pilihan untuk mengehadkan risiko tersebut.
• Pelabur-pelabur masih perlu sentiasa mengawasi kemajuan dana mereka dan berurusan dengan apa-apa perubahan dengan cepat tanpa mengira keputusan baik atau buruk.

Akhirnya, salin dagangan tidak dijamin 100 peratus berkesan untuk semua kerana dagangan Forex ialah satu bisnes yang berisiko. Bagaimanapun, ia dianggap sebagai satu permulaan bagus untuk pedagang-pedagang pemula dan satu cara terkenal untuk memperoleh pendapatan tambahan untuk pelabur-pelabur!